Sebelum memasuki soal selidik tersebut, ini adalah idea baik untuk memberi tinjauan ringkas tentang elerGreen.

Penghasilan Polimer Elektrokimia Serbaguna

Latar Belakang

Industri Kimia adalah pengeluaran karbon intensif, manakala bahan api fosil dibakar untuk menghasilkan haba bagi menggerakkan tindak balas kimia. Sementara tenaga elektrik boleh diperbaharui bebas karbon sedang mendapat daya tarikan, industri kimia masih terutamanya digerakkan oleh haba daripada pembakaran bahan api fosil. Selain itu, industri polimer dan kimia konvensional menghadapi kos tinggi daripada haba, tekanan, pemangkin dan reagen bagi menggerakkan tindak balas. Sebaliknya, tidak dielakkan bahawa industri kimia tradisional menghasilkan sisa kimia, tatkala memudaratkan apabila dilepaskan ke alam sekitar, sama memudaratkan ekonomi industri kimia, seperti kecemasan temapatan dan denda hukuman yang akibatnya.

Penghasilan polimer elektrokimia daripada sisa kimia menawarkan cara mengisi jurang tenaga boleh diperbaharui bebas-karbon untuk digunakan dalam industri kimia, bagi menghapuskan penggunaan bahan api fosil. Kaedah tersebut menawarkan cara hebat untuk menggurangkan kos modal dan operasi secara drastik bagi penghasilan polimer dan bahan kimia.

Penyelesaian

Secara tradisional, penghasilan polimer melibatkan mencampurkan reaktan, masukkan ke dalam reaktor terma yang menukarkan reaktan kepada polimer dengan haba, tekanan dan pemangkin mahal. Pepejal polimer dipisahkan dan dibersihkan, manakala produk sampingan dipulihkan sebagai bahan kimia untuk jualan.

Proses elektrokimia hak milik elerGreen elerGreen menggurangkan secara mendadak keperluan haba, tekanan dan pemangkin, dan sebaliknya menggunakan tenaga elektrik yang boleh datang dari sumber bebas-karbon. Proses elektrokimia tersebut membenarkan sebahagian atau seluruh bahan untuk diganti dengan sisa kimia, manakala pendapatan tambahan boleh dijana daripda perkhidmatan pengurusan sisa, ketika unit pemulihan boleh ditinggalkan untuk menjimat kos apabila produk sampingan adalah jinak, seperti air.

Proses tersebut direka untuk bersesuaian dengan proses polimer konvensional, manakala reaktor elektrokimia boleh menggantikan dengan senang reaktor konvensional, untuk meningkatkan ketekalan sambil membenarkan kelenturan mengubahsuai fasiliti polimer usang bagi penggurangan kos modal dan peningkatan keuntungan.

Teknologi

Dari segi sejarah, idea mengenai penghasilan polimer cara elektrokimia adalah sentiasa menarik kerana kos rendah dan jejak alam sekitar rendah tetapi dianggap idea gila dan terhad kepada sebilangan kecil polimer konduktif. Sebabnya adalah bagi tindak balas elektrokimia berfungsi, pepejal terbentuk perlulah konduktif jika tidak ia akan cepat menghentikan tindak balas dengan menyumbat konduktiviti apabila terbentuk atas permukaan elektrod.

elerGreen menyelesaikan masalah penyumbatan elektrod ini, melalui langkah inventif manakala elektrod telah direka bentuk semula dalam gerakan relatif dengan bilah penyingkiran, untuk menggosok polimer tidak konduktif secara berterusan dari elektrod daripada penyumbatan. Penyingkiran pepejal juga lebih cekap daripada kaedah konvensional pelucutan elektrod dengan robot atau manual, jadi mempunyai aplikasi dalam bidang elektrometallurgi.

Teknologi tersebut telah dioptimumkan pada pelbagai skala, termasuk sistem reaktor modular direka untuk pembuatan, pemasangan dan penaikan skala dengan mudah, manakala bahagian mesin boleh dileraikan dan dipasang semula:

Peluang

Potensi perniagaan berasal daripada penjimatan kos dengan bahan lebih murah dan kos tenaga lebih rendah, sambil dilindung nilai melalui pelbagai aliran pendapatan, manakala risiko dikurangkan selanjutnya dengan ciri pengubahsuaian proses yang mengurangkan kos tetapi meningkatkan ketekalan.

Sebagai contoh demonstratif, polikarbonat dihasilkan secara konvensional daripada Bisphenol A dan Fosgen, di bawah haba daripada pembakaran bahan api fosil dan pemangkin mahal, dengan asid hidroklorik sebagai bahan mentah boleh dijual. Laluan elektrokimia menghasilkan polikarbonat yang sama, manakala bahan alternatif boleh diguna seperti urea, di bawah voltan dikenakan daripada tenaga elektrik alternatif dan garam terlarut, membenarkan penggunaan urea sebagai sisa kimia atau pertanian. Penggantian kepada urea sebagai bahan lebih murah membawa amonia bukannya asid hidroklorik, tetapi polikarbonat yang sama boleh dijual sebagai tulang belakang ekonomi proses tersebut.

Hanya dengan menggantikan unit reaktor teras daripada konvensional epada elektrokimia, margin untung kasar berkali lebih tiga kali ganda, dari 47% ke 174%, dan ini masih belum mengambil kira penjimatan tenaga lebih kurang 80%, serta pengurangan kos modal daripada jentera dan pemangkin. Penggunaan karbon dioksida datang daripada urea, suatu derivatif karbon dioksida yang lebih aktif, manakala penukaran karbon dioksida kepada urea adalah proses kimia yang amat matang sekali. Urea juga boleh diperolehi dari sisa biojisim demi menstabilkan sumber bekalan dengan kepelbagain.

Selain itu, tindak balas polikarbonat, dipetik bagi penerangan konsep adalah satu sahaja daripada lebih 100 jenis polimer yang mungkin tergantung kepada bahan permulaan. Ini memastikan kepelbagain pendapatan daripada naik turun pasaran polimer tunggal. Sumber pendapatan dipelbagaikan selanjutnya melangkaui industri polimer, ke penjualan produk kimia sampingan, perkhidmatan pengurusan sisa dan reaktor pengyingkiran pepejal yang ada permintaan daripada industri elektrometallurgi.

Sila tekan butang Terus untuk pergi ke soal selidik sebenar.

Perhatikan bahawa soal selidik akan dibuka di halaman baru agar anda boleh merujuk kepada halaman ini ketika mempertimbangkan jawapan anda.