Perjanjian Pra-Pesanan ini (“Perjanjian”) dibuat pada [tarikh] (“Tarikh Berkuatkuasa“) antara anda (Nama: [nama], Emel: [emel], juga dikenai sebagai “Pelanggan”) dan kami (elerGreen Industry Corporation di Kanada dan elerGreen Industry Sendirian Berhad di Malaysia, berkumpulan dikenai sebagai “elerGreen”), untuk pra-pesanan sebarang Produk atau Perkhidmatan elerGreen (“Pra-Pesanan”) dengan elerGreen.

A. Pra-Pesanan

  1. Tiada Bayaran Pra-Pesanan. Peletakan Pra-Pesanan ini adalah percuma. Anda boleh, namun demikian, diminta memberikan maklumat tertentu, seperti maklumat hubungan dan pilihan kebiasaan anda. Anda memperwakilkan dan menjamin bahawa kesemua maklumat tersebut adalah tepat, dan anda akan memastikan bahawa maklumat tersebut terus dikemaskini. elerGreen tidak akan mempunyai tanggungjawab ataupun liabiliti daripada maklumat tidak tepat atau maklumat yang kemudian menjadi usang, and tidak akan mempunyai kewajipan untuk menggunakan usaha bagi menentukan kebetulan maklumat hubungan atau penghantaran. Anda boleh mengemaskini maklumat anda pada bila bila masa dengan menghantar emel kepada admin@elergreen.com.
  2. Diskaun Pra-Pesanan. Diskaun pra-pesanan sebanyak 10% (sepuluh peratus) akan dikenakan. Diskaun pra-pesanan tersebut akan berkekalan penggantungan tetapi tidak akan berkekalan penamatan. 
  3. Proses Pra-Pesanan. Anda faham bahawa elerGreen mungkin belum melengkapkan pembangunan produk, mula pembuatan produk, ataupun mempunyai perkidmatan sedia ada pada masa Perjanjian ini. Setelah Perjanjian ini menjadi berkuatkuasa, anda akan diletakkan pada senarai pra-pesanan and Pelanggan boleh menerima komunikasi tentang pembangunan produk atau perkhidmatan mengikut kesesuaian. Urutan pra-pesanan pelanggan boleh dipindah milik atau diberi hak kepada pihak lain dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu oleh elerGreen.
  4. Urutan Pra-Pesanan. Urutan dalam Pra-Pesanan ini adalah diatur pada asas pertama-datang-pertama-dikhidmat. Namun, Pelanggan lain yang telah meneruskan kepada Pembekalan dan Pembelian Produk diutamakan dalam urutan daripada urutan Pra-Pesanan ini. Bergantung kepada kapasiti bekalan, urutan tersebut boleh dipecah kepada aturan berbeza bagi Produk atau Perkhidmatan berbeza.
  5. Penggantungan. Anda mempunyai pilihan untuk melepaskan kedudukan urutan pra-pesanan Pelanggan dan menangguhkan kepada kedudukan kemudian yang akan ditentukan oleh elerGreen (dikenai sebagai “Penggantungan”). elerGreen akan menubuhkan kedudukan urutan pra-pesanan Pelanggan mengikut budi bicara elerGreen.
  6. Kapasiti Penghasilan. elerGreen boleh menolak pra-pesanan bagi mengelakkan langganan berlebihan, jika elerGreen tidak mampu bermula penghantaran Produk atau Perkhidmatan tersebut kawasan anda ataupun seperti mana yang ditentukan sewajarnya mengikut budi bicara elerGreen. Jika pra-pesanan anda ditolak atau jika kedudukan urutan pra-pesanan anda ditukar oleh elerGreen, anda akan dimaklum oleh elerGreen dalam tulisan.

B. Pembekalan dan Pembelian Produk

Setelah Produk atau Perkhidmatan tersedia, anda akan dimaklumkan oleh elerGreen secara bertulis, manakala anda akan memilih sama ada untuk meneruskan selanjutnya kepada Pembekalan dan Pembelian Produk atau Perkhidmatan, manakala elerGreen akan membekal dan anda akan membeli Produk atau Perkhidmatan menurut syarat-syarat Perjanjian ini. Syarat-syarat lanjutan boleh ditambah atas syarat-syarat Perjanjian ini memperincikan spesifikasi Pembekalan dan Pembelian.

C. Terma

  1. Terma. Terma perjanjian ini bermula pada [tarikh] dan akan will berterusan selama-lamanya, ditamatkan dahulu (“Terma”).
  2. Penamatan Setelah Notis. Salah satu pihak boleh menamatkan Perjanjian ini dengan apa-apa atau tiada alasan serta merta dengan notis secara bertulis kepada pihak lain.
  3. Penamatan Kewajipan. Pada penamatan atau peluputan Perjanjian ini, hak dan kewajipan setiap pihak di bawah Perjanjian ini akan berhenti serta-merta.

D. Had Liabiliti

Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, tiada pihak akan bertanggungjawab untuk kerosakan pelanggaran kontrak ataupun liability lain yang jauh atau spekulatif, ataupun yang pihak pelanggaran tidak boleh meramalkan secara munasabah pada kemasukan Perjanjian ini.

E. Peruntukan Am

  1. Kewibawaan dan Keupayaan. Pihak-pihak mempunyai kewibawaan dan keupayaan sah untuk memasuki Perjanjian ini.
  2. Penguatkuasaan. Perjanjian ini membentuk kewajipan yang sah, benar dan mengikat, berkuatkuasa terhadap pihak-pihak mengikut syarat-syaratnya.
  3. Tiada Konflik. Tiada pihak adalah di bawah sebarang sekatan atau kewajipan yang boleh menjejaskan pelaksanaan kewajipan di bawah Perjanjian ini.
  4. Pindaan.elerGreen boleh meminda Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan notis bertulis, tetapi anda berhak menamatkan Perjanjian ini dengan apa-apa atau tiada alasan.
  5. Penyerahan. elerGreen boleh pada bila-bila masa memindah sebahagian atau segala kewajipannya kepada pihak ketiga dengan tujuan menunaikan kewajipan dalam Perjanjian ini. Perjanjian ini boleh dipindah atau diserah oleh Pelanggan kepada pihak lain dengan lulusan bertulis terlebih dahulu daripada elerGreen.
  6. Notis. Pihak-pihak akan memberi segala notis dan komunikasi antara pihak secara bertulis dengan emel antara anda (Emel: [emel]) dan elerGreen (Emel: admin@elergreen.com, atau emel lain ditentukan oleh admin@elergreen.com secara bertulis) dengan tujuan seksyen ini. Notis yang diberi di bawah Perjanjian ini akan dianggap dilayan secukupnya pada seawal penerimaan pihak lain dan hari kalendar ke-30 (ketiga puluh) selepas diemel.
  7. Keterpisahan. Jika sebarang bahagian Perjanjian ini diisytiharkan tidak berkuatkuasa ataupun tidak sah, yang selebihnya akan terus menjadi sah dan berkuatkuasa.
  8. Pengetepian
    1. Pengetepian Bertulis. Pengetepian atau pelanjutan adalah berkuatkuasa sahaja jika ia diletakkan secara bertulis oleh pihak yang mengizinkan.
    2. Tiada Pengetepian Am. Kegagalan atau pengabaian suatu pihak bagi menguatkuasa sebarang haknya di bawah Perjanjian ini tidak akan dianggap sebagai pengetepian hak tersebut atau sebarang hak lain.
    3. Tiada Urusan. Tiada suatu ataupun sebahagian pelaksanaan hak atau pemulihan akan menghalang pelaksanaan sebarang hak atau pemulihan lain atau selanjutnya.