Dasar privasi ini (“dasar”) akan membantu anda memahami bagaimana elerGreen Industry Corporation dan elerGreen Industry Sendirian Berhad (berkumpulan dikenali sebagai “kami”, “elerGreen”) menggunakan dan melindungi data yang anda berikan kepada kami apabila anda melawat and menggunakan https://elergreen.com/ (“laman web”, “perkhidmatan”).

Kami memelihara hak untuk mengubah dasar ini pada bila-bila masa, kami akan segera mengemaskini anda dengan menyiarkan Dasar Privasi baru pada halaman ini. Jika anda mahu memastikan bahawa anda dikemaskini dengan perubahan terkini, kami menasihati anda untuk kerap mengunjungi halaman ini.

Apa Data Pengguna Kami Mengumpul

Apabila anda melawati laman web, kami boleh mengumpul data berikut:

  • Data Log seperti alamat Protocol Internet (Internet Protocol, “IP”) anda, versi pelayar web
  • Profil Data mengenai tingakah laku dalam talian anda di laman web kami seperti halaman Perkhidmatan kami yang anda lawati, masa dan tarikh lawatan anda, masa diluangkan pada lawatan halaman-halaman tersebut, dan statistik lain
  • Maklumat perhubungan anda seperti nama, emel, nombor telefon
  • Maklumat lain seperti minat dan pilihan

Mengapa Kami Mengumpul Data Anda

Kami mengumpul data anda atas beberapa sebab:

  • Untuk memahami keperluan anda dengan lebih baik
  • Untuk memperbaiki perkhidmatan dan produk kami
  • Untuk menyesuaikan laman web kami mengikuti tingkah laku dalam talian dan pilihan peribadi anda
  • Untuk menghantar emel promosi mengandungi maklumat yang kami fikir anda akan dapati menarik
  • Untuk menghubungi anda bagi mengisi tinjauan atau kajian pasaran dan menyertai penyelidikan jenis lain
  • Untuk memenuhi kewajipan laporan kami umpama penyelidikan atau pembangunan perniagaan, jika ada, seperti kepada agensi pembiayaan, institusi akademik bekerjasama atau pelabur

Maklumat peribadi anda akan digunakan apabila kami perlu menghantar anda bahan promosi atau menghubungi anda.

Menjaga dan Melindungi Data

elerGreen adalah komited kepada melindungi data anda dan memastikannya sulit. elerGreen telah melakukan semua langkah yang dalam kuasanya untuk mencegah kecurian data, akses tanpa kebenaran, dan pendedahan dengan melaksanakan teknologi dan perisian, yang membantu kami menjaga kesemua maklumat kami kumpul dalam talian. Walaubagaimanapun, tiada kaedah penyiaran melalui internet, atau kaedah simpanan elektronik adalah 100% selamat dan boleh dipercayai, dan kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlaknya.

Dasar Kuki (Cookie) Kami

Kuki (Cookie) adalah fail dengan sebilangan kecil data yang selalu digunakan sebagai pengecam unik tanpa nama. Ini adalah dihantar kepada pelayar anda daripada laman web yang anda lawati dan disimpan dalam pemacu keras komputer anda.

Setelah anda bersetuju untuk membenarkan laman web kami menggunakan kuki, anda juga bersetuju untuk membenarkan kami menggunakan data yang ia mengumpul mengenai tingkah laku dalam talian anda (menganalysis trafik web, halaman web yang anda habiskan masa paling banyak, dan laman web yang anda lawati).

Data yang kami kumpul dengan menggunakan kuki adalah digunakan untuk menyesuaikan laman web kami kepada keperluan anda atau untuk memastikan ketersediaan Perkhidmatan kami. Sila perhatikan bahawa kuki tidak membenarkan kami untuk mendapatkan kawalan komputer anda dalam apa-apa cara. Mereka adalah ketat digunakan bagi memantau halaman mana yang anda dapati berguna dan mana yang anda tidak supaya kami boleh memberikan pengalaman yang lebih baik untuk anda.

Jika anda mahu lumpuhkan kuki, anda boleh berbuat demikian dengan mengakses panel kawalan pelayar internet anda.

Pembekal Perkhidmatan

Kami mungkin menggunakan syarikat dan individu pihak ketiga oleh sebab-sebab berikut:

  • Untuk memudahkan Perkhidmatan kami;
  • Untuk membekal Perkhidmatan bagi pihak kami;
  • Untuk melaksanakan layanan berkaitan Perkhidmatan; atau
  • Untuk membantu kami dalam menganalysis bagaimana Perkhidmatan kami diguna

Kami mahu memaklumkan kepada pengguna Perkhidmatan kami bahawa pihak ketiga ini mempunyai akses kepada Maklumat Peribadi anda. Sebabnya adalah untuk melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka bagi pihak kami. Namun, mereka adalah wajib tidak mendedahkan atau menggunakan maklumat tersebut untuk apa-apa tujuan lain.

Pautan ke Laman Web Lain

Laman web kami mengandungi pautan yang menuju ke laman web lain. Jika anda klik pada pautan tersebut elerGreen adalah tidak bertanggungjawab kepada perlindungan data dan privasi anda. Lawatan laman web tersebut tidak diatur oleh perjanjian dasar privasi ini. Pastikan untuk membaca dokumentasi dasar privasi laman web yang anda pergi dari laman web kami.

Menyekatkan Pengumpulan Data Peribadi anda

Pada suatu ketika, anda mungkin ingin menyekat penggunaan dan pengumpulan data peribadi anda. Anda boleh mencapai sebegini dengan berbuat berikut:

  • Apabila anda mengisi borang di laman web, pastikan untuk memeriksa sama ada kotak atau kemasukan yang anda boleh biarkan tidak dicentang atau kosong jika anda tidak mahu mendedahkan maklumat peribadi anda
  • Jika anda telah bersetuju untuk berkongsi maklumat dengan kami, rasa bebas untuk menghubungi kami seperti melalui borang web di https://elergreen.com/ms/contact/2/ atau emel ke admin@elergreen.com

elerGreen tidak akan memajak atau menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga dengan tujuan utama faedah kewangan, kecuali kami mempunyai kebenaran anda. Namun, kami mungkin mendedahkan maklumat tersebut untuk memenuhi kewajipan pelaporan kami seperti penyelidikan atau pembangunan perniagaan, manakala dalam kes ini kami akan komited untuk mengurangkan pendedahan maklumat pengenalan seperti menyusun dan menganalisis kepada statistik tidak bernama.

Kami juga mungkin mendedahkan maklumat peribadi tersebut jika undang-undang memaksa kami, atau untuk membantu siasatan pada kegiatan yang dianggap sebagai haram atau tidak wajar.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai soalan atau cadangan tentang Dasar Privasi kami, jangan teragak-agak untuk menghubingi kami seperti melalui borang web di https://elergreen.com/ms/contact/2/ atau emel ke admin@elergreen.com.